Task 2a (Individu): PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 words). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?
PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA)
Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)
Sebuah
syarikat
milik
Kementerian
Kewangan
Diperbadankan
(MOF Inc.), Syarikat Perumahan
Negara Berhad
(SPNB) ditubuhkan
pada
21 Ogos
1997 demi memastikan
penyediaan
rumah
mampu
milik
berkualiti
dan
mampan
kepada
setiap
keluarga
di Malaysia sejajar
dengan
Objektif
Perumahan
Negara.
RUMAHKU SELANGORKU
1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah
1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah
?
Syarat kelayakan untuk memohon rumah
adalah seperti berikut:
adalah seperti berikut:- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
- Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
• Warganegara Malaysia.
• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000.
• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.
2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.
3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM10,000.
Task 2b (Kumpulan): Pelan lantai (floor plan): Dapatkan contoh pelan lantai dan brochure jualan rumah (daripada pejabat jualan pemaju, pusat membeli belah, etc). Apakah yang dimaksudkan dengan "berapa kali berapa" (saiz rumah)? Apa maklumat yang diperolehi melalui pelan lantai?
Antara maklumat yang kita dapat perolehi daripada pelan rumah di atas ialah kita dapat mengetahui berapa keluasan bahagian-bahagian rumah seperti dapur, ruang tamu, bilik dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat memilih ruang tersebut mengikut keselesaan yang kita mahukan.
Antara maklumat yang kita dapat perolehi daripada pelan rumah di atas ialah kita dapat mengetahui berapa keluasan bahagian-bahagian rumah seperti dapur, ruang tamu, bilik dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat memilih ruang tersebut mengikut keselesaan yang kita mahukan.

No comments:
Post a Comment