Saturday, 9 January 2016

Rumahku Kehidupanku

3. HPK 3: Melakukan senarai semak penerimaan rumah baru 



Task 3a (Individu): Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for Architectural Works.

 CIS& 2014 atau QLASSIC merupakan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan adalah satu kaedah yang bebas untuk menilai dan menilai kualiti hasil kerja projek bangunan berdasarkan piawaian. Tujuan utamanya adalah Untuk menanda aras tahap kualiti industri pembinaan di Malaysia. seterusnya, ianya juga mempunyai sistem penilaian kualiti standard untuk kualiti mutu kerja projek-projek bangunan dan menilai kualiti hasil kerja projek bangunan berdasarkan piawaian yang diluluskan.

Annexes A 
 kualiti mengenai keadaan sesebuah bangunan dalam pelbagai sudut terutamanya keadaan pra-tegasan konkrit, struktur kerja keluli dan struktur konkrit yang dikukuhkan.
Annexes B 
keadan bangunan adakah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh senibina .Penilaian seperti lantai, pintu, dinding dan sebagainya adalah  untuk memastikan kaeadaan bangunan dalam keadaan baik dan selamat untuk diami.
Annexes C 
  keadaan bangunan dari segi mekanikal dan elektrikal bangunan. Penilaian ini adalah untuk memastikan semua peralatan mekanikal dan elektrikal dan semua yang berkaitan dengan mekanikal dan elektrikal  selamat dan semua peralatan boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin.
Annexes D 
menilai tentang hasil kerja yang berada di luar bangunan seperti  taman halaman, garaj, tempat letak kereta dan sebagainya yang berkaitan.

Annexes E 
 keseluruhan(finishing) dan menyemak dan membaik pulih kecacatan yang terdapat pada sesuatu bangunan tersebut.
info rujukan

Task 3b (Kumpulan): Lakukan pemeriksaan bangunan di rumah. Kenalpasti 3 kecacatan bangunan. Huraikan dengan bantuan gambar foto; apakah kecacatan tersebut dan kaitkan dengan dokumen CIS7.

Gambar di atas merujuk kepada Annexes C, di pemasangan plat elektrik yang salah dan cuai pada rumah bole mendatangkan bahaya kepada penghuni rumah atau sesebuah bangunan.

Gambar di atas merujuk kepada annexes B, retakan pada dinding mungkin disebabkan bahan pembuatan konkrit yang tidak dikukuhkan.


Rumahku Kehidupanku

2. HPK 2: Memahami hak pembeli dalam mendapat rumah yang bertepatan dengan dokumen Perjanjian Jual & Beli 






Task 2a (Individu): PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 words). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA  (PR1MA)

Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. 

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)
Sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 demi memastikan penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara. 


RUMAHKU SELANGORKU

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

Syarat kelayakan untuk memohon rumah  adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
Warganegara Malaysia.
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000.
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 
2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.
3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM10,000

Task 2b (Kumpulan): Pelan lantai (floor plan): Dapatkan contoh pelan lantai dan brochure jualan rumah (daripada pejabat jualan pemaju, pusat membeli belah, etc). Apakah yang dimaksudkan dengan "berapa kali berapa" (saiz rumah)? Apa maklumat yang diperolehi melalui pelan lantai?


                                       


Antara maklumat yang kita dapat perolehi daripada pelan rumah di atas ialah kita dapat mengetahui berapa keluasan bahagian-bahagian rumah seperti dapur, ruang tamu, bilik dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat memilih ruang tersebut mengikut keselesaan yang kita mahukan.











Friday, 8 January 2016

Rumahku Kehidupanku

1. HPK 1: Mendalami industri perumahan negara & apek psikologi pembeli rumah



Pada pendapat saya, pemilihan rumah sebenarnya sangat penting bagi seseorang individu seseorang. hal ini kerana ianya boleh mempengaruhi banyak perkara dalam pelbagai aspek kehidupan terutama psikologi individu seseorang. Oleh itu, ilmu pengetahuan mendalami industri perumahan negara sangat penting dalam pemilihan dan membeli rumah.



Task 1a (Individu): Rumah bertanah/bertingkat?
Rumah bertanah - rumah bertanah atau teres merupakan salah satu menjadi pilihan bagi pembeli         rumah. Pemilihaan rumah ini disebabkan kerana pelbagai faktor yang  mempengaruhinya. Antara faktor ialah mempuyai kawasan yang lebih luas dan keselamantan terjamin. selain itu, ia adalah untuk jangka masa yang panjang sesuai dengan kehendak seseorang individu. Namun harga yang mahal menyebabkan ramai individu kelas pertengahan kurang berminat.
Rumah Bertingkat - rumah ini juga menjadi pilihan kepada pembeli rumah kerana harga yang murah       jika dibandingkan dengan rumah bertanah. Selain itu, kebanyakan rumah ini dekat  dengan pebagai kemudahan seperti kedai atau kenderaan awam yang memberi  keselesaan kepada mereka yang bujang. Namun, mereka yang sudah berkeluarga ini menjadi kekurangan kerana ruang yang sempit.

pada pilihan peribadi, saya lebih terdorongan untuk membeli rumah bertingkat terlebih dahulu kerana mele=ibatkan kos yang lebih murah dan fleksibel. Namun, apabila faktor kewangan telah stabil maka baru rumah bertanah/teres menjadi keutamaan saya.

Task 1b (Individu): Sewa/beli?
rumah sewa - permintaan terhadap rumah yang sewa sangat tinggi. Hal ini kerana apa yang kita dapat                          lihat rumah ini dibina di kawasan yang terdekat dengan pasaraya besar dan kenderaan                         awam, terutamanya kepada mereka yang bujang.
rumah beli - pebeli rumah sangat rumit dan ia memerlukan penetahuan yang luas kerana harga yang sangat mahal berbanding dengan rumah sewa. Namun memiliki rumah sendiri sangat penting bagi mereka yang berkeluarga untuk keselesaan keluarga itu sendiri. 

Task 1c (Individu): Refleksi (200 words): daripada syarahan profesor - Psikologi pembeli rumah.
 berdasarkan syarahan pensyarah, fenomena yang dihadapi oleh kebanyakan anak muda adalah harga rumah yang semakin meningkat dan akan terus meningkat yang menyukarkan ramai lepasan ijazah gagal mendapatkan rumah dan ada mereka yang bankrap  kerana gagal membayar balik pinjaman bank. fenomena ini akan terus berlaku kerana itulah dunia realiti yang sebenarnya.
Kebiasaannya rumah yang mahal kerana di sebabkan lokasi  itu sendiri. Jika kita lihat kawasan sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, rumah di kawasan sekitar memiliki harga yang sangat mahal jika dibandingkan tahuntahun dahulu, Dan harga ini dijangka akan bertambah.
Oleh, perancang yag teliti bemula dari awal perlu diambil bagi mengatasi fenomena ini agar untuk memastikan masa depan anak muda zaman pada akan datang.